Mmmpat Abdul

6-7 Mac 2020 @ Menara KEN TTDI

Mmmpat Abdul

6-7 Mac 2020 @ Menara KEN TTDI

Poster
Dapatkan Ticket Untuk "Mmmpat Abdul"

Comedy Show in Bahasa Malaysia
Persembahan dalam Bahasa Malaysia

LOL Asia mempersembahkan Mmmpat Abdul bersama empat pelawak stendap komedi yang pasti akan menggetarkan jiwa dan perut seperti bunyi gitar rancak. Persembahan Mmmpat Abdul akan menampilkan stendap komedi terbaru dan terbaik daripada pelawak-pelawak terkini berinspirasi dengan komedi yang masih dianggap yang terunggul; dari Allahyarham P.Ramlee.

Rayza Mukmin, Ahmad Zaidi (JD), Farid Azmeir dan Nizam Jentik Jentik semakin biasa disebut sebagai pelawak terkelakar masa kini dengan persembahan mereka di program Oi Jaga Mulut, Komediri, Sedapnya Mulut, Lawak Ke Der, Lawak Solo, Maharaja Lawak Mega dan pelbagai lagi.

Kombinasi Mmmpat Abdul sememangnya akan menghasilkan komedi yang mantap dan boleh membawa seni ini ke era alaf baru di mana stendap komedi, yang penampilannya lebih bijak, berjaya menghiburkan hati rakyat Malaysia (dan Isketambola). Kami berharap para penonton dapat hadir untuk mendengar ini cerita bersama rakan-rakan sekeluarga termasuk ibu mertua dan madu, terutamanya jika ada tiga.

Perlukan bantuan? 03-7880 7999 / info@proticket.com.my

Persembahan #1 : 6th March 2020 (Jumaat) @ 8:30 PM
Persembahan #2 : 7th March 2020 (Sabtu) @ 5:00 PM
Persembahan #3 : 7th March 2020 (Sabtu) @ 8:30 PM

Dapatkan Ticket Untuk "Mmmpat Abdul"

Perlukan bantuan? 03-7880 7999 / info@proticket.com.my

Memang kelakar

Pelawak yang dipersembahkan hebat-hebat belaka.

Stendap bahasa yang terbaru dan terbaik

Kalau tak pernah tengok stendap dalam Bahasa, cubalah, mesti suka.

Ada lagu-lagu dan persembahan 'ekstra'.

Pernah tengok Rayza dan Farid berdansa? Sila datang.

Takde virus.

Hall akan dibersihkan dan semua akan dicek suhu sebelum masuk.

Tribute to lejen Allahyarham P. Ramlee

yang memang antara pelawak terbaik di tanahair.

Gelak kuat

boleh membakar setakat 160 kalori sejam. Tak caya Google!

Bagi diorang happy

Kalau bawak boyfren, girlfren bini atau laki memang diorang happy. Jgn bawak madu je. Nanti ada yang gaduh.

Teater yang cantik

Cuba tengok, memang power.

LOL Asia

Tak selalu ada show stendap bahasa macam ni. Rugi kalau tak pergi tengok. Produser show ni sama dengan Kevin Hart, Russell Peters, The Big LOL Show dan Laugh-a-mania..

Dapatkan Ticket Untuk "Mmmpat Abdul"

Perlukan bantuan? 03-7880 7999 / info@proticket.com.my

Berkenalan dengan Mmmpat Abdul

Rayza Mukmin
Rayza Mukmin

Lahir dan membesar di Kuantan Pahang, Rayza MukMin gagal menghabiskan pelajarannya di universiti bukan sekali, bukan dua kali tetapi tiga kali. Bekas pelajar Sains Aktuari di UiTM dan teater di ASWARA ini sekarang menggabungkan sedikit sebanyak pengetahuannya dalam bidang sains dan seni di dalam persembahan komedinya.

Mula bergiat dalam bidang komedi pada tahun 2014, beliau pernah membuat persembahan di pentas-pentas besar seperti Lawak Ke Der 2015 di Istana Budaya, Maharaja Lawak Mega 2016 dan Madison Square Garden pada tahun 2034 kalau dia sempat belajar bahasa Inggeris.

Ahmad Zaidi (a.k.a. JD)
Ahmad Zaidi (a.k.a. JD)

Komedian. Jurutera. Bapa. Tiga perkara ni yang beliau pandai buat. Atau beliau rasa pandai buat. Atau sebenarnya beliau memandai-mandai buat. Asalnya seorang jurutera yang banyak masa lapang, berjaya ujibakat Akademi Fantasia, di ”rijek” kerana usia. Kecewa. Namun berjaya menjadi Top 10 Raja Lawak Astro. Dari situ bermulalah kerjaya pelawak beliau; dengan rancangan Astro, Komediri 1&2, Lawak Sorang2, Sembang Teh Tarik, Sedapnya Mulut. Acara korporat dan keparat.

Hinggalah dipilih untuk buat set “iflix’s special” 45 minit stendap komedi di ‘Oi Jaga Mulut’ Musim 1&2. Lawak2 yang “edgy” dan berani. Masih lagi menyanyi, dan rasa beliau pandai menyanyi. Dan seorang bapa yang mithali. Thoyyip..

Nizam Jentik Jentik
Nizam Jentik Jentik

Nizam Yusof atau lebih dikenali sebagai NIZAM JENTIK JENTIK adalah seorang Stand Up Comedian, Script & Comedy Writer, Pelakon, Hos, Emcee dan juga bekas peserta Program Realiti Astro, Lawak Solo 2016 dan berjaya mara sehingga keperingkat separuh akhir. Memulakan karier sebagai Regular Performer di Kelab Komedi sekitar Lembah Klang dan menyertai beberapa program Komedi TV didepan dan juga dibelakang tabir.

  • Iflix Oi Jaga Mulut Musim 2 Special Show “Aku Selebriti” With Nizam Jentik Jentik
  • Stand Up Show untuk Komediri Bersama Harith Iskander Musim Kedua, Sembang The Tarik Kaw, HyppTV Haru-Hara, Iflix Oi Jaga Mulut Musim 1 dan Astro Sedapnya Mulut Kaw.
  • Peserta Astro Lawak Solo 2016 dan Astro Super Spontan Xtravaganza 2018.
  • Penasihat Komedi Astro Gegar Lawak 2018 & Astro Miss Lawak 2019.
  • Hos Segmen untuk A++ RTM.
  • Hos Travelog Astro Atlas Masjid Nusantara.

Farid Azmeir
Farid Azmeir

Farid Azmeir lahir pada 13 February 1994 di Kuala Lumpur. Mula bergiat dalam standup komedi pada tahun 2016. Pernah terlibat didalam show Kuala Lumpur International Comedy Festival (2016).

Mempunyai satu episod 30 minit IFlix Special yang dipanggil “Oi, Jaga Mulut!” musim kedua, dan dua episod di musim pertama. Pernah terlibat didalam rancangan Maharaja Lawak Mega 2019 sebagai kumpulan.

AGE LIMIT: Strictly for 18 years old and above.

LANGUAGE: Bahasa Malaysia.

ATTIRE: Smart Casual

TERMS & CONDITIONS

  • Ticket prices shown are in MYR (Malaysian Ringgit). Prices EXCLUDE Ticketing Fee.
  • BOOKING FEE (RM 10.00) is CHARGED for ticket purchase made with Internet Webshop.
  • 1 ticket admits 1 person ONLY, no sharing seats.
  • CANCELLATIONS, REFUNDS or CHANGES are not permitted once ticket(s) are sold. 
  • LOST, DAMAGED or STOLEN ticket(s) will not be replaced or reissued, even if you have proof of purchase. 
  • Strictly NO photo, video and audio recording is allowed.
  • Ticketing terms and conditions as stipulated on the ticketing website and on the rear side of printed tickets shall apply at all times. Please read and understand the Conditions of Sale before purchasing ticket.

PROMOTER: LOL ASIA

Di Sini Untuk Beli Ticket

Perlukan bantuan? 03-7880 7999 / info@proticket.com.my

© 2020 Copyright LOL Events Sdn Bhd. All Rights Reserved

Tickets are priced at RM270 (VIP), RM220 (GOLD), RM180 (SILVER), and RM130 (BRONZE). Perlukan bantuan? 03-7880 7999 / info@proticket.com.my

Di Sini Untuk Beli Ticket