Kembali Ketawa Malaysia

Home / Comedy Show / Kembali Ketawa Malaysia
Kembali Ketawa Malaysia

Kembali Ketawa Malaysia

Selepas 18 bulan, kami berjaya kembali dan anda boleh lepas stress dengan pertunjukan ‘live’. ‘Kembali Ketawa Malaysia’ akan membawa stendap komedi terkini di teater baru, berkilat dan ‘bau kedai’, Petaling Jaya Performing Arts Centre – PJPAC.

Kembali Ketawa Malaysia akan menghiburkan anda dalam 2 versi berbeza. Anda bole menonton secara ‘LIVE ‘ ataupun menonton secara ‘LIVE Streaming’ di platform wearelive.asia . Kedua-duanya pasti gempak dan menarik untuk ditonton mengikut kehendak dan keselesaan penonton.




LOL Asia mempersembahkan pertunjukan pertama kami bersama artis lawak Nizam Jentik Jentik (Muzikal Lawak Superstar), Filzah Azmi (Juara Miss Lawak), JD (Raja Lawak), Shashic Iewan (Finalis Gelak:Gempak) dan Mad Sabah (Finalis Gelak:Gempak).

Apa yang best sangat show ni?

1. Boleh bergelak dengan yang tersayang.

2. Boleh bawa kawan yang murung, berikan cahaya.

3. Gelak tentang hal Covid dan dunia yang pelik2.

4. ‘Audio visual’ berkapasiti tinggi

5. Pelawak yang memang terbaik

6. Boleh rasa suasana live yang buat jantung berdegup.

7. 100% vaksinasi dan pekerja disaring ujian Covid-19.




“Kami berharap pertunjukan ini dapat menaikkan semangat penonton. Kuasa tenaga dari gelak ketawa secara ‘live’ amat memberansangkan. Saya ingin melihat senyuman dan ketawa dari penonton Malaysia.” – Rizal Kamal, Pengurus Eksekutif LOL Asia.

Show:

Kembali Ketawa Malaysia (KKM)

Tarikh: Sabtu, 9hb Oktober 2021

Masa: 8.30 – 10.00 malam.

Lokasi: PJPAC, 1 Utama E



Persembahan Seni Lawak Komedi kembali ke Pentas ‘Live’ pada 22 Oktober hingga 25 Oktober.

Pelbagai cabaran telah dihadapi mereka di dalam industri seni pentas. Industri ini telah ditutup lebih daripada 17 bulan, dimana hanya beberapa masa yang singkat sahaja dibenarkan buka dan ditutup semula. Kini, penggiat seni pentas kembali dengan syarikat LOL Asia membawakan produksi pertama mereka berjudul ‘Kembali Ketawa Malaysia(KKM)’.

Tonton mereka secara ‘Video streaming’ sekarang

Show:

Kembali Ketawa Malaysia (KKM) VOD

Tarikh: 22 Oktober 2021 – 25 Oktober 2021

Jangkamasa: 90 minit